TOKYO, 29 NOV – Sebuah gedung membeli-belah Jepun hari ini menggantikan ‘lencana datang bulan’ yang memberitahu rakan sekerja bahawa mereka datang haid selepas dasar itu mencetuskan kekecohan online, menurut seorang jurucakap hari ini.
Salah sebuah gedung mewah, Daimaru di bandar barat Osaka memulakan program itu bulan lalu, mengambil pendekatan satu idea yang dicadangkan oleh seorang pekerja wanita.
Lencana sukarela itu dihasratkan memberi amaran kepada rakan sekerja bahawa pekerja sedang mengalami sakit datang bulan—atau keperluan berkaitan haid—yang mungkin memerlukan mereka rehat lebih panjang atau bantuan tambahan mengangkat objek berat. Namun selepas sebuah agensi media tempatan melaporkan perkara itu, ia mencetuskan kekecohan di Twitter dengan beberapa orang pelanggan menelefon gedung tersebut mempersoalkan mengenainya yang kini digelar isu ‘lencana datang bulan’
“Kami tidak membatalkan sepenuhnya program itu kerana ia adalah semata-mata untuk komunikasi dalaman antara mereka yang bekerja di sini,” kata jurucakap wanita syarikat itu kepada AFP. –AFP