Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gantung pembunuh imam di khalayak ramai

    TEHRAN, 28 OGOS – Iran hari ini melaksanakan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang lelaki yang disabit bersalah membunuh seorang imam di khalayak ramai di selatan bandar Kazeroun, lapor agensi berita IRNA.

    Hamid Reza Derakhshandeh digantung di lokasi dia membunuh ulama itu pada 29 Mei, lapor IRNA, memetik ketua hakim di wilayah Fars, Kazem Mousavi. Mohammad Khorsand mengalami kecederaan selepas diserang menggunakan ‘senjata’ ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas terlibat dalam aktiviti keagamaan sempena Ramadan.

    Difahamkan, Khorsand mengimamkan solat Jumaat di bandar tersebut sejak 2007. Selepas penangkapannya, Derakhshandeh dihadapkan ke mahkamah dan mengaku merancang pembunuhan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda