Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 April – Seorang lelaki yang berdepan tuduhan mengambil dadah dan gagal melaporkan diri ke pegawai pengawasan Biro Kawalan Narkotik (BKN) dijatuhi hukuman denda $5,400 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.
Hukuman dijatuhkan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid terhadap Jambri bin Ibrahim yang mengaku bersalah mengambil dadah pada 6 Oktober dan 3 November 2015 dan juga gagal melaporkan diri ketika di bawah pengawasan BKN dari November 2015 hingga Mac 2016. Gagal membayar denda, tertuduh diperintahkan untuk menjalani hukuman 10 bulan dan dua minggu penjara.
Majistret Dewi Norlelawati memerintahkan tertuduh ditahan reman selepas tertuduh gagal mendapatkan ikat jamin. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Narkotik, Ainorazimah binti Haji Zabidi.