Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gara-gara catatan di FB, wanita mengandung ditahan

    MELBOURNE, 3 SEPT – Polis Australia hari ini mempertahankan penangkapan seorang wanita mengandung di rumahnya disebabkan catatannya dalam Facebook (FB) yang mendorong perhimpunan menentang sekatan pergerakan virus, ketika rakaman insiden itu menjadi tular dan mencetuskan perdebatan kebebasan awam.

    Video yang disiarkan langsung itu menunjukkan pegawai menggari tangan wanita itu di hadapan dua anaknya dan meraih jutaan tontonan.

    Wanita itu, Zoe Buhler memberitahu media hari ini yang dia telah menyiarkan rancangan bantahan tanpa mengetahui ia adalah salah di sisi undang-undang di negeri Victoria, yang bergelut menentang COVID-19. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda