Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gara-gara ditinggalkan kekasih

    BILA hati sudah sayang dan cinta, bukan senang untuk menerima khabar bahawa orang yang dicintai ingin meninggalkan kita bukan? Pasti rasa sangat kecewa dan sakit kerana ditinggalkan.

    Seperti kisah seorang wanita yang ditinggalkan ini, dia bertindak di luar kawalan apabila menolak kereta bekas teman lelakinya ke dalam kolam renang kerana terlalu kecewa ditinggalkan oleh lelaki tersebut.

    Kejadian itu berlaku di New York, apabila seorang wanita bertindak menolak kereta mewah milik bekas kekasihnya ke dalam kolam renang bagi membalas dendam selepas ditinggalkan lelaki itu.

    Kristina Kuchma, 24, dilaporkan marah selepas kekasihnya yang juga seorang pelabur, Guy Gentile memutuskan hubungan mereka ketika bercuti di Bahamas baru-baru ini. Gentile berkata, dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan Kristina selepas wanita itu meminta wang untuk memulakan perniagaan.

    “Ketika bercuti Kristina memberitahu dia ingin menceburi bidang pengiklanan dan meminta AS$50,000 untuk memulakan perniagaan.

    Menurut The New York Post, kereta Mercedes Benz S400 milik lelaki itu berharga lebih AS$100,000.

    “Saya berkata kepadanya, awak berjumpa lelaki yang salah,” katanya kepada akhbar The New York Post. Menurutnya, Kristina yang berang terus menyimbah teh panas ke mukanya dan berlalu pergi. Kata Gentile, beberapa hari kemudian dia menerima mesej melalui telefon daripada Kristina yang menuduhnya menipu.

    “Dalam mesej itu Kristina memberitahu saya dia ada kejutan di belakang rumah.

    “Apabila saya pergi ke belakang rumah, saya terkejut melihat kereta berada di dalam kolam renang,” katanya.

    Menurut The New York Post, kereta Mercedes Benz S400 milik lelaki itu berharga lebih AS$100,000.

    “Saya tinggalkan dia dan dia tinggalkan kereta saya di dalam kolam,” katanya.

    Nampaknya ‘dendam’ wanita tersebut sudah terbalas, dan mungkin juga rasa lega setelah melakukan hal itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda