Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gara-gara gambar tidak senonoh, dua pelancong Jepun ditahan

    TOKYO, 14 MAC – Dua pelancong Jepun berusia dalam lingkungan 20an ditahan selama dua minggu di China dan kemudian dihantar pulang kerana mengambil gambar menunjukkan punggung salah seorang pelancong di Tembok Besar, lapor media tempatan.

    Insiden di tapak Warisan Dunia dekat Beijing melibatkan seorang lelaki yang menunjukkan punggung dan seorang wanita yang mengambil gambar, lapor NTV dan media Jepun lain kelmarin.

    Kedutaan Jepun di China berkata hari ini ia mengesahkan pada 3 Januari bahawa dua warga Jepun telah ditahan oleh pihak berkuasa tempatan di Tembok Besar.

    “Mereka dibebaskan dan pulang ke Jepun pada Januari,” katanya dalam satu kenyataan.

    Pelancong itu telah ditahan di tempat kejadian oleh pengawal keselamatan dan ditahan selama kira-kira dua minggu, kata laporan itu.

    Mendedahkan bahagian bawah badan di tempat awam merupakan suatu perkara yang melanggar undang-undang di China, menurut laporan itu.

    Pelancong itu dilaporkan memberitahu kedutaan Jepun bahawa mereka melakukannya sebagai satu gurauan.

    Untuk melindungi privasi individu, kedutaan Jepun enggan mengulas mengenai butiran khusus, termasuk sama ada pelancong itu akan dihalang daripada mengunjungi China atau berdepan hukuman tambahan seperti denda atau penjara. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda