Thursday, November 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Gara-gara hantaran pro Palestin, El Ghazi dipecat Mainz

    ANKARA, 16 NOV – Pemain Belanda berketurunan Maghribi, Anwar El Ghazi mengambil tindakan undang-undang terhadap Mainz 05 kerana dipecat oleh kelab Jerman itu selepas pemain sayap itu membuat hantaran di media sosial menyokong Palestin, lapor agensi Anadolu.

    Bild melaporkan bahawa El Ghazi, 28, bertindak menyaman Mainz selepas kelab Bundesliga itu menamatkan kontraknya pada 3 November berikutan hantaran di Instagramnya yang menyokong rakyat Palestin secara terbuka.

    El Ghazi sebelum ini pernah digantung dan diberi amaran mengenai frasa From the river to the sea bermaksud ‘dari sungai ke laut’ di akaun Instagramnya.

    From the river to the sea, Palestine will be free (Dari sungai ke laut, Palestin akan bebas) merupakan slogan Palestin yang merujuk kepada kawasan antara Sungai Jordan dan Laut Mediterranean.

    Beliau kemudiannya memberi respons terhadap penamatan kontraknya di platform X, dengan hantaran, “Saya berdiri demi kebenaran, meskipun ia bermakna saya terpaksa mengharunginya sendirian.

    “Kehilangan mata pencarian saya tidak bermakna apa-apa jika dibandingkan dengan kesengsaraan dan penderitaan yang dialami mereka yang tidak bersalah di Gaza,” katanya.

    Sebelum ini, El Ghazi pernah beraksi untuk kelab Belanda Ajax dan PSV Eindhoven, Aston Villa dan Everton di England, serta Lille di Perancis. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...