Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gara-gara jadi bapa ayam, lelaki dipenjara 2 tahun

    BOleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, telah menjatuhkan hukuman terhadap seorang lelaki dan wanita tempatan kerana menawarkan perkhidmatan pelacuran dan melacur.

    Badie’uzzaman Mahat, 34, menerima hukuman penjara dua tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan kerana menjadi bapa ayam kepada Bibiyana Hasan, 34 tahun.

    Bibiyana diperintahkan untuk membayar denda sebanyak $2,000, atau menjalani hukuman penjara lapan bulan jika gagal membayar selepas mengaku bersalah atas penglibatan dalam perkhidmatan seksual dengan bayaran sebanyak $60.

    Pendakwa Raya Khalillah Hussin memaklumkan Majistret Harnita Zelda Skinner bahawa maklumat awam mendorong pihak polis menyerbu sebuah bilik di sebuah motel di Kampung Pasai Satu, Jalan Mulaut, Sengkurong A pada pukul 4:42 petang, 25 Januari lalu.

    Pihak polis menemui Bibiyana bersama seorang lelaki di dalam bilik itu, bersama bukti lain berkaitan pelacuran.

    Sepanjang siasatan terhadap penahanan Bibiyana, maklumat membawa kepada penahanan Badie’uzzaman kerana dia dikatakan sebagai bapa ayam.

    Mahkamah selanjutnya mendengar bahawa pasangan itu telah beroperasi sejak Julai 2021.

    Badie’uzzaman mengakui bahawa dia akan menerima antara $10 hingga $30 daripada perolehan perkhidmatan seksual Bibiyana, yang digunakannya untuk membayar sewa bilik,
    membelanjakan makanan dan membeli dadah.

    Bibiyana juga mengakui akan membayar sewa bilik dan membelanjakan hasil untuk keperluan asas seperti makanan serta memberi bahagian Badie’uzzaman.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda