Gara-gara kentut kuat

MISSOURI, 12 JULAI – Sepasukan anggota polis yang mencari suspek atas kesalahan memiliki dadah, menemui tempat persembunyiannya selepas mendengar bunyi kentut yang kuat.

“Jika waran tangkap dikeluarkan untuk kamu, polis mencari kamu dan kamu kentut dengan kuat sehingga mendedahkan tempat persembunyian, memang jelas kamu berhadapan hari (emoji najis). #IaBerlaku,” menurut kenyataan dalam Facebook Pejabat Sherif Daerah Clay.

Penduduk bandar raya itu tidak ketinggalan menyertai jenaka mengenai kentut itu.

Dalam akaun Twitter masing-masing, menulis: “Terima kasih kepada Pejabat Sherif Daerah Clay kerana menyiarkan pakaian kotor orang dikehendaki dan menyemarakkan api.

“Jabatan Polis Liberty terperanjat kerana kejadian itu terbongkar, yang busuk lagi tertangkap. – Agensi