PERANCIS, 18 FEB – Menteri kehakiman berpengaruh Perancis kelmarin mengumumkan kerajaan menyekat hampir semua aktiviti rekreasi untuk banduan selepas banduan dari satu institusi ditawarkan perkhidmatan urut muka.
Bekas Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin, yang gemar mengambil tindakan keras dalam isu undang-undang dan ketenteraman, berkata semua aktiviti khas untuk banduan akan dihentikan jika ia tidak membabitkan pendidikan, bahasa Perancis atau sukan.
Kesatuan Keadilan FO minggu lalu mengecam tawaran khidmat urut muka kepada banduan di sebuah penjara di bandar Toulouse di selatan.
Menurut akhbar La Depeche, yang pertama kali melaporkan maklumat itu, kira-kira 20 banduan mendapat manfaat daripada perkhidmatan urut tersebut.
Ia dilaporkan berlaku seminggu selepas ‘tarian desa’ berada dalam senarai aktiviti mereka.
“Tidak timbul persoalan untuk mengadakan sebarang aktiviti riadah yang mengejutkan semua warga kami.
“Ia amat mengejutkan saya apabila saya mendapat tahu bahawa aktiviti percuma ini yang dicadangkan di negara ini telah diterima,” kata Darmanin semasa lawatan ke penjara baharu yang dikawal ketat di barat Perancis.
“Saya minta pengarah pentadbiran penjara arahan diberikan kepada semua pengarah penjara supaya mereka mengehadkan diri sepenuhnya kepada sokongan akademik dan bahasa Perancis, kepada aktiviti berkaitan kerja dan aktiviti sukan di dalam penjara,” beritahunya kepada wartawan. – AFP
