NEW YORK, 25 JULAI – General Motors (GM) telah mengumumkan bahawa pengeluar Amerika Syarikat (AS) dan unit kereta pandu sendiri Cruise telah menyaman Ford kerana menggunakan nama teknologi pemandu automatik BlueCruise.
Ford melancarkan BlueCruise, yang membenarkan pemandu kereta memandu tanpa menggunakan tangan, pada April.
GM, yang memperoleh firma baharu Cruise pada 2016, berkata dalam tindakan guaman yang difailkan di mahkamah daerah di California Utara bahawa Ford sedang melanggar peraturan cap dagangnya.
“Tidak ada syarikat lain yang berhak menggunakan cap dagang berkenaan dalam bidang teknologi pemanduan automatik,” kata GM dalam aduan yang dilihat semalam oleh AFP.
Jenama Ford ‘jelasnya menimbulkan kekeliruan,’ kata GM. Dengan Cruise, GM berharap menjadi pengeluar kereta pertama untuk mengeluarkan kereta pandu sendiri pada skala besar-besaran. – AFP