GAMBAR tiga orang wanita China yang telah dikhabarkan tersekat di lapangan terbang Korea Selatan, kerana pasport mereka tidak lagi bersepadan dengan wajah sebenar mereka berikutan pembedahan plastik, telah tular di media sosial China baru-baru ini.
Klinik pembedahan plastik Korea Selatan memang sangat terkenal dan ada beberapa daripadanya yang terbaik di dunia, jadi tidak hairanlah wanita-wanita dari negara Asia lain, seperti China dan Jepun, sering terbang ke Korea Selatan untuk mengubah suai wajah mereka. Masalahnya adalah beberapa daripada mereka ini ada bukan sahaja membuat pembedahan pembentukan hidung, menegangkan kulit muka dan suntikan Botox. Sebaliknya, mereka mengubahsuai wajah mereka secara menyeluruh, menjadikannya sukar bagi kakitangan lapangan terbang untuk mengenal pasti melalui gambar pasport mereka.
Melalui pelancongan pembedahan plastik Korea Selatan dan masalah yang dihadapi daripada transformasi yang melampau ini, kebanyakan klinik di sana telah menawarkan ‘sijil pembedahan plastik’ kepada pelanggan mereka di luar negara, untuk membantu dalam meyakinkan pegawai imigresen. Sijil ini termasuklah nombor pasport pesakit, tempoh penginapan, nama dan lokasi hospital serta pengesahan rasmi hospital.
Pelancong-pelancong yang melalui kastam lapangan terbang yang mempunyai sijil pembedahan plastik ini biasanya dikenal pasti (tidak banyak perubahan drastik) walaupun ia mengambil masa yang lama dari mereka yang tidak membuat pembedahan plastik. Malangnya, bagi tiga orang wanita warga China yang hendak balik ke negara asalnya ini, sijil tersebut tidak banyak membantu.
Masalah dengan pembedahan plastik muka ini adalah badan memerlukan masa untuk pulih daripada prosedur tersebut, sesuatu yang perlu dilakukan oleh tiga orang wanita ini semasa percutian Golden Week mereka baru-baru ini. Wajah mereka tidak dapat dipertimbangkan. Mereka muncul di lapangan terbang dengan muka yang sangat bengkak dan masih dibalut dengan pembalut. Ia hampir mustahil bagi pegawai-pegawai imigresen untuk mengenal pasti identiti mereka melalui pasport mereka itu. Wanita-wanita ini berada di lapangan terbang bersama dengan pasport mereka sebelum pembedahan plastik, telah menjadi tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai komen-komen lucu daripada pengguna Internet.
Oleh itu, apabila anda terbang ke negara lain untuk mendapatkan pembedahan plastik pada muka anda, anda mungkin perlu menunggu beberapa hari sebelum melalui pusat keselamatan lapangan terbang.