Friday, December 6, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gara-gara sampah 5 syarikat kena kompaun

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Empat buah syarikat telah dikenakan kompaun sebanyak $2,000 dan sebuah syarikat pula dikenakan kompaun sebanyak $1,000 menerusi operasi berasingan yang dilakukan oleh Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, bahagian terebut dalam operasi tersebut telah dijalankan dari 21 Oktober sehingga 2 November baru-baru ini.

    Kesemua syarikat berkenaan dikenakan tawaran kompaun atas kesalahan di bawah Bab 12 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian.

    Sehubungan itu, adalah diingatkan kepada pemilik atau pengurus syarikat agar tidak mengambil ringan terhadap kesalahan-kesalahan yang telah dikenakan tindakan dan diarahkan untuk menjelaskan denda kompaun dengan segera serta membersihkan kawasan yang telah dijadikan tempat pembuangan sampah yang menyalahi undang-undang.

    Jika gagal, kes akan di bawa ke mahkamah  di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian iaitu jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman tidak melebihi $3,000 bagi individu, manakala bagi syarikat tidak melebihi $30,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Pihak jabatan juga ingin memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai pembuangan sampah yang menyalahi undang-undang dengan menyertakan alamat lokasi berserta gambar-gambar melalui pesanan whatsapp 8321581.

    Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda