Wednesday, February 12, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gara-gara Sepanduk lucah, penyokong Sydney dihukum

    SYDNEY, 22 Feb – Western Sydney Wanderers pada Rabu mengharamkan 14 penyokongnya daripada memasuki stadium selama 18 bulan kerana memaparkan sepanduk lucah semasa perlawanan tetangga Liga-A menentang Sydney FC.

    Wanderers berkata mereka akan mengharamkan 14 penyokong Red & Black Bloc (RBB) yang terkenal daripada semua pertandingan selepas insiden itu Sabtu lalu.

    Langkah itu diambil selepas Persekutuan Bola Sepak Australia memberikan Wanderers notis tunjuk sebab serta menyifatkan sepanduk itu menyinggung perasaan.

    Badan pentadbir dijangka mengambil tindakan tegas terhadap kelab itu yang berada dalam masalah atas insiden yang melibatkan suar dan aktiviti anti sosial yang lain.

    Sepanduk dengan grafik menyerupai jurulatih Sydney FC melakukan perbuatan tidak senonoh telah mencetuskan kemarahan komuniti bola sepak dan media.

    The Wanderers mengambil tindakan selepas meneliti rakaman CCTV sebelum dan semasa kemenangan 1-0 itu dan mengenal pasti penyokong yang terlibat menyembunyikan, memasang dan memaparkan sepanduk tersebut.

    “Selepas kajian menyeluruh, kami bertindak untuk menyingkirkan mereka dari kelab kami,” CEO Wanderers John Tsatsimas berkata dalam satu kenyataan.

    “Kejadian ini melibatkan pemimpin utama RBB yang tidak menunjukkan sebarang penyesalan sehingga membawa kelab kami dan permainan bola sepak terus dikecam termasuk di media sosial.

    “Sebagai sebuah kelab kami ada cukup bukti dan seluruh kumpulan diberikan notis.

    “Walaupun sokongan sebahagian besar RBB adalah luar biasa tetapi kami perlu menyingkirkan mereka yang melihat diri sendiri sebagai lebih besar daripada kelab.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda