Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gara-gara stoking, pasar mini dilempar bom botol

    KUALA LUMPUR, 31 MAC – Bom botol dilemparkan ke sebuah kedai milik rangkaian Malaysia yang menawarkan stoking tertera perkataan ‘Allah’ untuk dijual, kata polis kelmarin.

    Insiden itu berlaku beberapa hari selepas eksekutif rangkaian pasar mini tersebut didakwa menyinggung perasaan penganut beragama Islam berhubung penjualan stoking tersebut di salah sebuah kedainya.

    Wan Mohamad Zahari Wan Busu, ketua polis di bandar Kuantan di timur Malaysia, berkata cawangan KK Supermart itu telah diserang sebelum subuh, menyebabkan kebakaran kecil di pintu masuk.

    Beliau memberitahu AFP bahawa serangan itu ‘masih dalam siasatan, tetapi kami tidak menafikan bahawa ia mungkin berkaitan dengan insiden yang melibatkan stoking dengan kalimah Allah’.

    Para pekerja memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api dan tiada kecederaan dilaporkan, katanya. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda