Saturday, March 1, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Garance badai pulau Perancis, La Reunion

    SAINT-DENIS DE LA REUNION, 28 FEB – Pihak berkuasa mengarahkan semua penduduk di pulau La Reunion untuk berada di dalam rumah selama beberapa jam hari ini, apabila angin kencang dan taufan Garance mencetuskan kemusnahan di seluruh wilayah Lautan Hindi Perancis.

    Angin yang mencecah sehingga 230 kilometer sejam membadai wilayah yang mempunyai 900,000 penduduk itu, dan ribut itu turut memaksa penutupan lapangan terbang utama di Mauritius yang berdekatan.

    Penduduk memuat naik gambar di dalam talian menunjukkan pokok-pokok yang tumbang, atap yang tercabut dan rumah yang ditenggelami banjir di La Reunion.

    Gangguan bekalan elektrik menjejaskan sekitar 145,000 orang di seluruh pulau, sementara 82,000 orang tidak mempunyai bekalan air minuman dan 39,000 lagi tanpa akses Internet, menurut pihak berkuasa.

    Pihak berkuasa mengeluarkan ‘amaran ungu’ maksimum selama beberapa jam pada awal Jumaat, mengarahkan semua penduduk termasuk penguat kuasa undang-undang dan perkhidmatan kecemasan untuk berada di rumah dan pejabat. – AFP

    Gambar ini menunjukkan ombak di pantai apabila sistem tropika “Garance” menghampiri di Saint-Denis de la Reunion, di pulau wilayah luar Perancis, La Reunion, pada 26 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda