Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gas bertoksik ragut 6 jiwa

    NEW DELHI, 6 JAN – Enam maut akibat terhidu gas bertoksik yang bocor dari sebuah tangki industri hari ini di barat India, kata polis.

    Sementara 25 lagi dimasukkan ke hospital selepas terhidu gas itu di kompleks industri di Surat, sebuah bandar di negeri Gujarat, kata pegawai polis Mahesh Patel.

    Portal berita TimesNow melaporkan gas bocor berlaku apabila pemandu cuba untuk membuang kumbahan di sebuah saliran dari tangki yang diparkir ketika mangsa sedang bekerja atau tidur dekat kilang berhampiran. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda