Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gas bocor, 112 masuk hospital

    NEW DELHI, 3 OGOS – Polis mengesahkan kira-kira 112 wanita telah dimasukkan ke hospital selepas dipercayai berlakunya kebocoran gas di sebuah kilang membuat pakaian di India, hari ini.

    Semua pekerja pada mulanya mengadu mengalami loya lalu muntah-muntah di sebuah kilang di daerah Atchutapuram di negeri di selatan, Andhra Pradesh, pada malam tadi.

    “Kesemua wanita berkenaan dalam keadaan stabil dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Siasatan masih dijalankan,” kata pegawai kanan polis negeri itu, M Upendra kepada AFP. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda