Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Gas meletup ragut 4 jiwa, 13 cedera

    BEIJING, 20 JULAI – Empat maut dalam insiden letupan gas yang turut mencederakan 13 yang lain di sebuah bangunan kediaman enam tingkat di bandar pelabuhan Tianjin, China, kata media kerajaan hari ini.

    Seorang mangsa terperangkap telah ditarik keluar kelmarin jam 5:40 petang, lebih 10 jam selepas letupan pagi, kelihatan lemah dan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital, menurut laporan Tianjin Daily yang disiarkan oleh kerajaan Tianjin dalam media sosial.

    Penyiaran kerajaan CCTV berkata kerja-kerja menyelamat sudah selesai. Ia tidak memberi maklumat mengenai empat kematian itu, dengan 13 mangsa cedera tidak dalam keadaan kritikal, kata CCTV dalam artikel dalam talian. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...