Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gas memasak restoran disyaki meletup, 15 cedera

    MANILA, FILIPINA, 29 JUN – Letupan gas memasak yang disyaki di Filipina mencederakan kira-kira 15 orang dan memusnahkan sebuah restoran dan dua kedai makanan berdekatan di wilayah selatan Manila, hari ini, kata pegawai.

    Dua belas kereta turut mengalami kerosakan kecil akibat letupan di restoran Korea, Mr Won’s Samgyeopsal di bandar pelabuhan Calapan di wilayah Oriental Mindoro.

    Mereka yang cedera termasuk empat pekerja restoran dan seorang kru penghantaran yang bersiap sedia untuk membuka restoran itu, yang terletak di tingkat bawah sebuah pusat beli-belah, kata pegawai. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda