Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Gas metana meledak di lombong Siberia, tiga maut

    MOSCOW, 27 NOV – Ledakan metana di sebuah lombong berlian di kawasan terpencil Siberia, Yakutia, Rusia, telah meragut tiga nyawa dan mencederakan dua yang lain, menurut pihak berkuasa wilayah hari ini.

    Kemalangan itu berlaku di lombong Udachny, yang dimiliki oleh syarikat berlian milik kerajaan Russia, Alrosa. Tapak tersebut, salah sebuah lombong terbuka terdalam di dunia, terletak di bandar perindustrian terpencil Mirny, di salah sebuah kawasan paling sejuk di bumi ini.

    “Pada malam ini, berlaku letupan metana di lombong Udachny,” kata Aysen Nikolayev, ketua wilayah itu, dalam satu kenyataan di Telegram. “Lima orang terlibat dalam ledakan tersebut. Malangnya, tiga daripadanya terkorban,” katanya.

    Nikolayev berkata dua orang lain telah dimasukkan ke hospital dan satu pasukan perubatan telah dihantar ke bandar terpencil itu dari ibu negara wilayah, Yakutsk.

    Beliau juga menyatakan bahawa beliau telah mengarahkan ‘agar mengambil langkah yang bersungguh-sungguh untuk memperkuat langkah-langkah keselamatan industri di perusahaan-perusahaan republik ini.’ – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...