KIEV, 2 Mac – Letupan gas metana yang membawa maut telah meledak di seluruh lombong arang batu di barat Ukraine hari ini, membunuh kira-kira lapan pelombong dalam bencana yang melanda negeri bekas Soviet itu.
Ketika para penyelamat bergelut untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap di bawah tanah, timbulnya kekeliruan berhubung jumlah sebenar orang yang terbunuh dalam ledakan itu.
Ketua Kesatuan Perdagangan Bebas Pelombong Arang Batu Ukraine, Mykhaylo Volynets memberitahu AFP yang 10 pelombong telah terkorban selepas pada awalnya dikatakan 11 nyawa telah hilang.
Perkhidmatan kecemasan dan pendakwa Ukraine telah meletakkan jumlah berkenaan kepada lapan orang. Para pekerja penyelamat berkata 20 orang masih hilang dan seramai 172 pelombong berada di lombong berkenaan pada ketika itu.
Volynets berkata lombong di barat rantau Lviv berhampiran sempadan Poland ‘tidak pernah dimodenkan selama bertahun-tahun’.
Ia beroperasi ‘dengan menggunakan peralatan lapuk dan kekurangan segala keperluan keselamatan,” katanya. Para pegawai berkata Perdana Menteri Volodymyr Groysman dan Menteri Tenaga Igor Nasalyk segera berkejar ke tempat kejadian selepas mendengar berita tersebut. – AFP