MONTPELLIER, Perancis, 12 Feb – Richard Gasquet dari Perancis mengekalkan laluan bagi merebut gelaran ketiga berturut-turut Terbuka Sud de France, di mana dia akan berdepan dengan pemain remaja dari Jerman, Alexander Zverev dalam pertandingan akhir.
Gasquet pilihan ketiga menewaskan Benoit Paire 6-2, 6-2 sementara Zverev menghalang pertemuan aksi akhir kesemua pemain Perancis dengan menewaskan Jo-Wilfried Tsonga 6-7 (6), 6-2, 6-4 dalam satu lagi pertandingan separuh akhir semalam.
Gasquet menewaskan Paire untuk kali keempat dalam banyak pertemuan. Dia menghukum servis hambar Paire, mencatatkan lima dari tujuh break points.
“Saya beraksi dengan baik, tidak melakukan banyak kesilapan,” kata Gasquet, yang memenangi 14 gelaran sepanjang kerjayanya.
Zverev, 19, yang juga pilihan keempat, digambarkan sebagai salah seorang bintang yang semakin meningkat dalam dunia tenis dan baru-baru ini mengheret juara Grand Slam sebanyak 14 kali, Rafael Nadal ke lima set bagi pusingan ketiga Terbuka Australia.

Zverev hanya menyelamatkan satu break point bagi set pertama yang sengit dan menewaskan servis pilihan kedua Tsonga tiga kali pada set kedua.
Dalam penentuan, Zverev mempertahankan servisnya dalam permainan pertama dan melengkapkan kemenangan apabila sekali lagi menewaskan Tsonga pada permainan ke-10.
Dalam dua pertandingan lalunya, Tsonga memenangi 95 dari 96 peratus dari matanya pada servis pertama. Tetapi menentang Zverev yang agresif, perkadarannya jatuh kepada 76.
“Ia adalah pertandingan yang sukar,” kata Zverev. “Kedua-dua kami beraksi dengan baik dari garisan.”
Gasquet, ranking ke-22, tidak pernah menghadapi Zverev, yang berada di rangking ke-21.
Zverev berusaha bagi memenangi gelaran kedua sepanjang kerjayanya selepas menewaskan juara Grand Slam tiga kali, Stan Wawrinka pada September lalu untuk memenangi Terbuka St. Petersburg di Rusia. – AP