KOTA BHARU, 5 DIS – Gabungan Sepak takraw Kelantan (GASTAK) mempertaruhkan tujuh orang pemain berpengalaman bagi membawa cabaran Kelantan Warriors menghadapi kejohanan Liga Sepak Takraw (STL) yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur, Februari depan. Presiden GASTAK Zuraidin Abdullah berkata kesemua tujuh orang pemain itu mempunyai pengalaman luas beraksi di STL dengan menyertai beberapa pasukan sebelum ini.