MILAN, 27 Dis – AC Milan akan berdepan pencabar tetangga Inter dalam saingan Piala Itali bagi peringkat suku akhir hari ini di mana jurulatih Gennaro Gattuso menyifatkan pertembungan ini sebagai ‘perlawanan akhir Piala Dunia”.
Milan menuju perlawanan itu dalam kedudukan ke-11 dalam Serie A, ketinggalan 21 mata di belakang pendahulu liga Napoli dan ini bermakna Piala Itali dan Liga Europa menjadi pertandingan utama untuk memperolehi trofi musim ini di mana mereka layak ke fasa 32.
“Perlawanan hari ini seperti perlawanan akhir Piala Dunia untuk kami,” football-italia.net memetik kenyataan Gattuso melalui TV Milan.
“Tidak ada sesiapa yang menjangkakan banyak kesukaran tetapi perlawanan tetangga ini akan mengubah musim kami dari segi peringkat psikologi dan keputusan perlawanan.”

Inter kini menguni tangga ketiga dalam Serie A, lima mata di belakang pendahulu liga selepas mengalami kekalahan berturut-turut di tangan Udinese dan Sassuolo.
Semalam, Lazio mara ke separuh akhir selepas menewaskan Fiorentina 1-0 menerusi jaringan oleh pemain tengah Bosnia Senad Lulic pada minit kelima.
Lazio akan berdepan antara Milan atau Inter dalam dua perlawanan separuh akhir pada Januari nanti.
Perlawanan suku akhir yang lain akan menyaksikan pertembungan antara Napoli dan Atalanta diikuti dengan Juventus akan menerima kunjungan Torino dan perlawanan tersebut akan berlangsung bulan depan. – AFP