Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gaudu menangi perlumbaan ke-11 Vuelta a Espana

    LA FARRAPONA, 1 NOV – Pelumba Perancis, David Gaudu memenangi perlumbaan ke-11 Vuelta a Espana kelmarin di cerun La Farrapona dengan Primoz Roglic menamatkan perlumbaan dalam kumpulan dengan pesaing utamanya untuk kekal mendahului secara keseluruhan.

    Gaudu, yang mewakili Groupma, menjarakkan jurang dari pelumba Sepanyol, Marc Soler dari Movistar dalam beberapa meter terakhir.

    Kedua-dua pelumba terselamat dari tempoh rehat yang panjang di kawasan pergunungan Villaviaciosa. Soler mendaki ke tanggak keenam dalam kedudukan yang diungguli oleh pelumba Slovenia, Roglic dari pasukan Jumbo-Visma, meskipun dia kekal terikat dengan catat masa yang sama dengan pelumba Ecuardo, Richard Caparaz dari Ineos.

    Perlumbaan tersebut merupakan kemenangan peringkat pertama Gaudu di jelajah utama.

    “Pada mulanya saya tidak merasa begitu baik,” katanya. “Tetapi pada penghujungnya saya memenanginya pada hari yang besar seperti ini.”

    Pelumba berusia 24 tahun, Breton, terlepas dari peloton pada pendakian kedua hari tersebut, Alto de la Colladona, terlanggar dengan sebuah kumpulan besar semasa turun dari bukit.

    Kumpulan tersebut dikurangkan kepada lima pelumba pada pendakian keempat dan penghabisan. Gaudu hanya satu-satunya pelumba yang masih bersaing dengan Soler, pemenang peringkat kedua, apabila pelumba Sepanyol tersebut mula memecut dengan perlumbaan berbaki lima kilometer.

    Soler gagal menjarakkan diri dari Gaudu yang kemudian berjaya melakukan pecutan pada akhir perlumbaan semasa pelumba Sepanyol tersebut tidak lagi berdaya untuk mengejarnya. – AFP

    Reaksi David Gaudu meraikan kemenangan selepas melepasi garisan penamat dalam perlumbaan ke-11 Vuelta a Espana. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda