Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Gaudu raih kemenangan Du Dauphine

    CHASTREIX, PERANCIS, 8 JUN – David Gaudu meraih kemenangan setelah berjaya mendahului Wout van Aert yang pada awalnya mendahului perlumbaan tersebut selepas peringkat ketiga Criterium du Dauphine di Peranginan Ski Chastreix-Sancy, kelmarin.

    Penunggang Groupama-FDJ, Gaudu mengatasi Van Aert dengan pecutan penamat tetapi penunggang pasukan Jumbo-Visma itu memenangi pendahuluan secara keseluruhan selepas peringkat perlumbaan merentas gunung pada ketinggian altitud 1,396 meter tersebut.

    “Selepas mengalami kesukaran pada Mac lalu, ia adalah sesuatu yang menggembirakan,” kata Gaudu setelah kembali sihat.

    Sementara itu, Alexis Vuillermoz dari Perancis ketinggalan dengan jarak 2.5km untuk menamatkan perlumbaan sejauh 169km dari Saint-Paulien.

    Gaudu, menduduki tempat ke-11 pada Jelajah Perancis tahun lalu, merangkul kemenangan kesembilannya dan kedua pada musim ini selepas melepasi peringkat perlumbaan dalam Jelajah Argarve di Portugal.

    Reaksi Wout van Aert (kanan) menamatkan perlumbaan tersebut, kedua selepas David Gaudu (kiri) yang memenangi peringkat ketiga dalam edisi perlumbaan Criterium du Dauphine, kelmarin. – AFP

    Peserta yang berjaya melepasi laluan sepanjang 6.2km dengan kecerunan 5.6 peratus di Sancy ialah Pierre Rolland, Jonas Gregaard dan Sebastian Schonberger menyertai perlumbaan tersebut untuk menaikkan kedudukan mereka.

    Gaudu menduduki tempat kedua secara keseluruhan, enam saat di belakang Van Aert.

    “Saya melakukan kesilapan,” juara Belgium tersebut mengakui kesilapannya dan meminta maaf kepada ahli pasukan.

    “Kami melepaskan peluang dalam perlumbaan Isnin lalu, hari ini kami ingin menang.

    “Kami bekerja keras dalam peringkat tersebut dan saya merosakkan peluang itu. Saya kalah sendiri,” katanya lagi.

    Peringkat perlumbaan keempat pada hari ini telah memberikan dia peluang untuk menebus kekalahannya dalam peringkat masa percubaan dengan jarak 31.9km antara Montbrison dan La Batie d’Urfe di Loire. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...