PARIS, 3 JUN – Coco Gauff akan bertemu dengan pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek untuk merebut gelaran Terbuka Perancis selepas pemain remaja tersebut mara ke final Grand Slam sulungnya dengan kemenangan straight set menentang Martina Trevisan, kelmarin,
Pemain Amerika Syarikat (AS) berusia 18 tahun itu, meraih kemenangan 6-3, 6-1 dalam perlawanan sengit yang menyaksikan kedua-dua pemain mara ke separuh akhir kejohanan utama buat kali pertama.
Gauff adalah pemain termuda untuk mara ke final sejak Maria Sharapova memenangi Wimbledon pada tahun 2004.
Kedua-dua pemain tersebut telah melakukan 37 kesalahan tanpa sengaja dalam set pertama perlawanan sebelum Gauff meningkatkan corak permainannya dalam set kedua.
Pemain pilihan ke-18 tersebut akan berasa tertekan menentang Swiatek, yang telah melanjutkan rekod kemenangannya tanpa henti, yang akan berlangsung pada Sabtu ini.
Walau bagaimanapun, dia tidak mempunyai apa-apa yang hendak dipertaruhkan untuk menjadi juara Slam termuda sejak Sharapova menewaskan Serena Williams di London, 18 tahun yang lalu.
Trevisan beraksi dengan baik sepanjang kejohanan dan mencatat rekod 10 perlawanan tanpa kalah namun berakhir dengan kekalahan, ketika dia melakukan empat kesalahan berulang dan 36 kesalahan tanpa sengaja.
Gauff memulakan perlawanan dengan pantas dan meraih kelebihan pada perlawanan ketiga. – AP
