Gauff pintas Naomi

MELBOURNE, 24 JAN – Coco Gauff yang beraksi seperti pemain bukan berusia 15 tahun atau bukan pemain ke-67 dunia mencipta rekod memberangsangkan selepas membaharui lagi rekodnya di mana namanya kini semakin melonjak naik.

Gauff menjadi pemain termuda dalam era profesional tenis menewaskan juara wanita di kejohanan Terbuka Australia dan bekas pemain nombor satu Naomi Osaka 6-3, 6-4 pada pusingan ketiga pertandingan di Melbourne Park semalam.

Beliau semasa diwawancara selepas perlawanan berkata dia masih seorang remaja biasa seperti orang lain, bergurau tentang ingin mengambil gambar ‘selfie untuk Instagram’ dengan Rod Laver, juara kejohanan 11 kali sehingga stadium dinamakan sempena nama beliau.

“Dua tahun lalu, saya tewas di pusingan pertama di perlawanan junior dan kini saya berada di sini. Ini cukup menakjubkan.”

Beliau juga pemain termuda untuk mengalahkan pemain lima teratas dunia dalam pertandingan sejak Jennifer Capriati melakukannya pada usia 15 tahun pada 1991.

“Anda tidak mahu kalah kepada pemain berusia 15 tahun, anda tahu?” Kata Osaka.

Ia merupakan keputusan kedua penting pada Hari ke-5 di Melbourne. Di samping itu, perlawanan yang berasingan, juara kejohanan ke-23 kali Serena Williams tewas kepada pemain nombor ke-27 Wang Qiang 6-4, 6-7 (2), 7-5 kelmarin..

Permainan Gauff berkembang begitu cepat.

Osaka, berusaha keras, melonjakkan namanya untuk terus mendaki ke puncak teratas kejohanan tenis, menjuarai piala di Terbuka AS pada 2018 dan Terbuka Australia pada 2019 dan menjadi pemain nombor satu dunia dalam kedudukan WTA. Ketika dia mencapai kejayaan hebat itu, dia baru sahaja berusia 22 tahun. – AFP

Aksi Coco Gauff semasa menentang Naomi Osaka pada perlawanan pusingan ketiga Terbuka Australia di Melbourne. -AP