Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gaun kahwin murah? Siwardi sedia membantu

    HARARE – Di dalam karavan lama yang berkarat, bakal pengantin perempuan mencuba gaun putih berkilauan dengan tanda harga yang biasanya berada di luar kemampuan orang ramai.

    Diparkir di tepi mahkamah Harare, tempat di mana pasangan pergi untuk berkahwin, karavan itu juga membolehkan pengantin perempuan memadankan pakaian semasa dalam perjalanan untuk berkahwin.

    Ia bukan sesuatu yang dipinjam – perniagaan ini adalah usaha komersial, menyewakan pakaian perkahwinan, jambangan bunga dan hiasan.

    Tetapi di Zimbabwe, yang dibelenggu oleh kemiskinan, pengangguran dan inflasi yang tinggi selama beberapa dekad, perkhidmatan sewa ini adalah pilihan yang berpatutan.

    “Muda dan tua, mereka datang ke sini,” kata Daphne Siwardi, pemilik yang anggun berusia 37 tahun.

    Siwardi membawa sejambak bunga di karavannya di luar Mahkamah Majistret di Harare pada 25 Ogos. – AFP
    Gambar AFP

    Pengantin perempuan juga boleh mendapatkan khidmat dandanan rambut dan solekan sebelum menuju ke Mahkamah Majistret untuk berkahwin.

    Biasanya, Siwardi mempunyai sehingga enam pelanggan sehari.

    “Pengantin perempuan tiba terlebih dahulu bagi membuat persiapan untuk hari besar mereka, sebelum bertemu pengantin lelaki mereka di luar dan pergi ke majlis itu,” katanya, sambil menyusun barisan gaun buatan China.

    Ibu kepada tiga anak, Gloria Mutero, 45, terpikat.

    “Membeli dari tempat lain adalah sangat mahal,” katanya, sambil menambah bahawa menyewa gaun dari kedai di bandar berharga AS$150. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda