Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Gaun lukisan cetus sensasi

    PONCHATOULA, LOUISIANA, 23 NOV – Artis Mandy Poche, dari Louisiana, memerlukan sesuatu untuk dipakai ke pembukaan pameran seni.

    Tanpa mengunjungi ke kedai, dia beralih kepada kemahiran kreatifnya dan melukis corak pada gaun putihnya, sama dengan salah satu kerja seninya. Dan hasilnya telah menjadi sensasi dalam internet.

    Apabila dia melukis gaun itu dan merakam hasil seninya di video, dia berseloroh dengan ahli keluarganya mengatakan bahawa ia akan menjadi popular. “Kamu lihat saja, ia akan tular,” kata Poche, yang memiliki kedai Mandi Mae Fine Art.

    Video itu, bertajuk ‘Apabila awda memerlukan sesuatu untuk dipakai pada perasmian karya seni awda malam esok,” menunjukkannya melukis pada gaun dan berakhir dengan pakaian siap yang berwarna terang bersebelahan dengan lukisan warna-warni yang sama.

    Dalam tempoh tiga minggu sejak dia menyiarkannya di Facebook, video itu ditonton 9 juta kali, mencetuskan minat luar biasa dalam hasil karyanya dari seluruh Amerika Syarikat dan Australia.

    “Ia datang tanpa henti. Mesej di tengah malam datang dari negara yang tidak saya jangka,” katanya.

    Poche berkata dia telah melukis dan menjual empat pakaian yang sama sejak itu, namun akan menyimpan gaun asal sebagai kenangan. – AP

    Artis Mandy Poche bergambar bersama gaun yang dilukisnya di galeri di Ponchatoula, Louisiana. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...