Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gavi bintang masa depan Sepanyol

    MILAN, 7 OKT – Luis Enrique berkata Gavi adalah bintang ‘masa depan dan sekarang’ Sepanyol selepas pemain tengah Barcelona itu menjadi pemain kebangsaan termuda tampil dalam aksi Liga Negara-Negara ketika mereka melakarkan kemenangan mengatasi Itali.

    Pada usia 17 tahun 62 hari, Gavi memecahkan rekod lama selama 85 tahun apabila dia diturunkan di San Siro dan membantu Sepanyol menang 2-1 seterusnya membawa pasukannya ke perlawanan akhir dan menamatkan rekod tanpa kalah 37 perlawanan skuad Azzurii.

    Dia memaparkan gandingan terbaik bersama rakan pasukan di Barca, Sergio Busquets dan Luis Enrique yakin dia mempunyai masa depan yang cerah bersama La Roja ketika ini.

    “Dia adalah pemain yang boleh beraksi di antara dua garisan, tidak hilang bola dan mempunyai fizikal yang baik,” kata Luis Enrique.

    “Kami tahu apa yang mampu dibawanya. Personaliti, kemahuan bermain dan keberanian.

    “Semua boleh dilakukannya. Dia seorang pemain yang mempunyai pakej yang lengkap.

    “Dia boleh menjadi masa depan dalam pasukan malahan dia juga boleh menyerlah sekarang kerana dia mempunyai personaliti yang baik di peringkat ini.”

    Gavi memecahkan rekod dipegang Angel Zubieta Redondo, yang memakai jersi Sepanyol buat pertama kali pada perlawanan persahabatan 1936 berdepan Czechoslovakia ketika berusia 17 tahun 284 hari.

    Dia disenaraikan dalam kesebelasan utama walaupun hanya membuat lima penampilan La Liga dan pemenang perlawanan Ferran Torres juga mempamerkan aksi cemerlang. – AFP

    Aksi Pablo Gavi semasa mengawal bola dalam perlawanan separuh akhir Liga Negara-Negara menentang Itali di Stadium San Siro semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda