Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gawai dirai sederhana di rumah sendiri

    KUCHING, 1 JUN – Perayaan Hari Gawai yang diraikan masyarakat Dayak di Sarawak bermula hari ini disambut dalam suasana yang amat sederhana untuk tahun kedua berturut-turut berikutan keadaan pandemik COVID-19 yang masih melanda negeri ini.

    Jeremy Jamaludin, 38, antara ribuan masyarakat Dayak di negeri ini yang mematuhi arahan untuk tidak pulang ke kampung halamannya di Bintulu dan hanya menyambut perayaan itu bersama keluarganya di bandar raya Kuching.

    Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata demi menjaga keselamatan orang tuanya daripada dijangkiti wabak COVID-19, beliau lebih rela tidak pulang ke kampung kerana tidak mahu perkara tidak diingini berlaku.

    “Saya dan keluarga hanya menyambut Gawai secara bersederhana. Kami juga tidak keluar menziarahi sesiapa kerana khuatir dijangkiti atau menjangkiti kerana sekarang ramai menjadi pembawa virus yang tidak mempunyai gejala,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sebelum ini memutuskan tiada aktiviti ‘ngabang Gawai’ atau ziarah Gawai di bawah prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa di seluruh negeri Sarawak. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda