Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gawang Porto rapuh, Jones terus menyinar

    PORTO, 29 SEPT – Dua jaringan daripada Mohamed Salah dan dua lagi dihasilkan oleh Roberto Firmino dengan Curtis Jones, 20, memainkan peranan besar dalam membantu rakan sepasukannya menjaringkan gol untuk Liverpool.

    Satu-satu gol tanpa penglibatan langsung daripada Jones adalah semasa Sadio Mane meledak gol dalam kemenangan 5-1 di Porto dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

    Juara Eropah enam kali itu memanfaatkan kesilapan penjaga gol Diogo Costa untuk melakar kemenangan kedua dalam Kumpulan B, The Reds mendahului Atletico Madrid dengan dua mata selepas juara Sepanyol itu mencatat kemenangan 2-1 ke atas AC Milan.

    Gol pembukaan di Porto dijaringkan pada minit ke-18 selepas Jones membuat percubaan menggunakan kaki kanan dan Costa menepis bola namun disambut oleh Salah lalu membuat jaringan dari jarak dekat.

    Persembahan penjaga gol itu terus dipersoalkan sebelum separuh masa.

    Reaksi Mohamed Salah meraikan gol bersama rakan sepasukannya semasa membuka jaringan untuk Liverpool menentang Porto, awal pagi kelmarin. – AFP

    Pergerakan pantas dari arah sayap kiri ke kanan membolehkan James Milner untuk melakukan hantaran lintang ke dalam kawasan kotak penalti dan disambut oleh Mane, yang mencatat gol kelima dalam lima perlawanan menentang pasukan dari Portugal.

    Costa menafikan percubaan Diogo Jota pada awal babak separuh masa kedua sebelum Salah sekali lagi membolosi gawang lawan selepas Jones menghantar bola kepada penyerang Mesir, yang kemudian membuat percubaan melepasi Costa pada minit ke-60.

    Mehdi Taremi berjaya membolosi gawang Liverpool pada minit ke-74 melalui tandukan, namun Costa sekali lagi melakukan kesilapan ketika dia berlumba untuk mengeluarkan bola dari melepasi garisan gol.

    Jones membuat hantaran tinggi mencari Firmino yang kemudian melambungkan bola melepasi Costa dari jarak 30 ela, walaupun Costa cuba mengejar bola, dia tetap gagal menghalang bola dari melepasi gawang.

    Firmino melengkapkan kemenangan melalui jaringan keduanya pada minit ke-81 selepas percubaan Jones terlantun. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda