HIASAN dalaman gaya Afrika tidak kurang menariknya biarpun jarang diperkatakan.
Kurang popular berbanding dekorasi berasaskan Timur Tengah, Barat dan Nusantara, gaya atau rekaan Afika mempunyai tarikan tersendiri.
Dalam apa jua keadaan, pastikan dekorasi yang diketengahkan itu perlu selari dengan gaya hidup anda.
Keselesaan juga perlu menjadi ciri keutamaan. Tidak hanya menarik sebagai hiasan kerana dekorasi praktikal sahaja mampu untuk membuatkan tetamu teruja, begitu juga penghuni yang lain.
Bagaimanapun, berada di Asia juga anda mampu membawa tetamu dan penghuni yang lain bagaikan berkunjung ke Afrika berdasarkan kreativiti dalam dekorasi.

Sinonim dengan warna natural termasuk warna bumi, setiap ruang sarat dengan nilai estetika dan menggamit memori bagaikan berada di Afika.
Dalam mencetuskan dekorasi itu, kayu dipelbagaikan rekaannya dan menjadi antara elemen terpenting yang perlu ada.
Selain anda mempunyai pilihan untuk cedar, kayu hitam atau mahagoni Afrika kerana tersenarai antara yang popular dan pelengkap dekorasi ini.
Berikan sentuhan berbeza pada ruang tamu dengan latar warna yang memaparkan koleksi menarik berunsurkan Afrika.
Gabungan konsep moden dengan tema bergaya Afrika nyata menampilkan seni dekorasi ‘berani’ dan eksklusif.
Permukaan lantai yang dilitupi permaidani dengan jaluran kuda belang dan kehadiran bantal hiasan ruang tertentu begitu mengujakan.
Kehadiran beberapa tekstil dari negara berkenaan bukan sekadar menyerlahkan nilai estetika fabrik itu, malah memperlihatkan keunikan penghasilannya.
Pada kabinet di ruang tamu atau sudut terpilih, tempatkan beberapa koleksi cenderahati yang sinonim dengan negara berkenaan.
Jika anda langsung tidak mempunyai aksesori hiasan atau koleksi cenderahati dari sinonim dengan Afrika, pemilihan warna sesuai khususnya warna bumi.
Di bilik anak anda, apa kata ketengahkan tema safari dalam suasana Afrika berlatarkan kertas dinding yang menampilkan motif dan memiliki tekstur yang cukup menarik.
Menampilkan tema safari setentunya merupakan satu lagi langkah bijak dalam mencetuskan tema Afrika bahkan ia juga akan kelihatan tidak terlalu ketara dengan pemilihan tema tropika juga antara lain juga turut dapat membantu.
Malah, kombinasi elemen hiasan antara dua tema itu juga secara tidak langsung turut memberikan aspek keselesaan buat anda yang gemarkan penataan Afrika namun ianya tidak terlalu ‘berat.’
Bahkan penataan berkenaan juga turut sesuai dengan pendekatan separuh minimalis.
Justeru, para tetamu setentunya akan berasa teruja untuk melihat dekorasi hiasan yang bertema Afrika yang ditampilkan dalam rumah anda.