Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gaya anggun musim sejuk

    MILAN – Siluet adalah segala-galanya pada pertunjukan Max Mara untuk musim cuaca sejuk akan datang.

    Konsep Pengarah Kreatif, Ian Griffiths termasuk teddy sutera, kot boule yang diilhamkan oleh Belle Epoque dan gambar novelis Perancis, Colette, dengan gayanya, menurut pereka British itu, memberikan inspirasi kepada kesederhanaan koleksi itu.

    Griffiths memilih palet monokrom biru, hitam dan kelabu, sesuai untuk membezakan siluet kaya kot boule yang ditakrifkan oleh blaus elegan di bahagian belakang seperti jaket bomber, seluar dan skirt dengan simpul sarong, perincian tiga tingkat pada bahagian belakang kot pendek, lengan berinspirasi kimono, seluar berlisu lembut, berkaki lebar dan romper kain bulu yang mendedahkan kaki.

    Aksesori yang mesti ada adalah setagen atau ikat pinggang rajut yang dipakai dengan tali pinggang nipis, menyerlahkan garis pinggang dalam sebarang penampilan. Gaun malam, praktikal untuk sebarang majlis, mempunyai perhiasan kristal gelap. Beg musim ini adalah silang badan dengan pengancing logam.

    Griffiths berkata dia kembali kepada ‘boule, bentuk kepompong’ yang diilhamkan oleh era 1910an dan 1920an di mana dia bereksperimen kali pertama di universiti pada pertengahan 1980an.

    “Awda sentiasa boleh kembali kepada sesuatu. Jika tidak musim depan, mungkin dalam masa 40 tahun awda boleh kembali kepadanya. Dan setiap kali ia akan berbeza,” kata Griffiths di belakang pentas. – AP

    ATAS & BAWAH: Model-model menggayakan koleksi Max Mara Musim Luruh-Sejuk 2024-2025 di Milan, Itali. – AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda