NEW YORK – Bersembunyi di sebalik tirai berwarna krim, pereka Christian Siriano mengubah lorong sukan gedung serbaneka Herald Square Macy menjadi alam sinematik ketika dia membawa hadirin kepada pertunjukan Minggu Fesyen New York daripada gaun hitam-putih kepada penampilan penuh warna.
Bagi koleksi musim bunga 2026, Siriano berkata, dia mendapat inspirasi daripada pelakon Marlene Dietrich yang menampilkan gaya feminin dan maskulin.
“Banyak koleksi adalah hitam-putih, tetapi kebanyakannya mempunyai tekstur,” katanya.
“Kami mempunyai labuci bercorak petak yang cantik, polka dot, jalur yang Dietrich pakai dalam gaya fesyen pakaiannya dan kemudian kami berakhir dengan idea seperti ini, bagaimana jika tiba-tiba filem itu bertukar menjadi warna?”
Berpegang pada tema glamor Hollywood lama, model menggayakan rambut sanggul mereka dengan satu pin curl. Dalam sentuhan moden, beberapa model memakai blazer berstruktur mereka dengan seluar ketat.
Daripada blazer yang disesuaikan kepada blaus kembang, Siriano menggayakan dengan corak dan struktur sepanjang koleksinya.
JALUR, POLKA DOT DAN CORAK PETAK
Siriano bergantung pada palet warnanya untuk membawa para hadirin ke layar perak dengan corak hitam-putih daripada polka dot, jalur dan corak petak di atas pentas persembahannya sebelum menukar penampilannya kepada fabrik berwarna termasuk gaun bola biru tiffany dan gaun tuksedo merah jambu barbie yang direka semula.
Di pentas pertunjukan itu, Siriano mengenakan pakaian kepada model dalam semua bentuk saiz badan, jantina dan latar belakang dalam reka bentuknya. Pereka terus memperjuangkan fesyen yang seimbang manakala yang lain telah melupakannya.
“Ia penting untuk mempunyai gabu-ngan model yang cantik , katanya. – AP










