MILAN – Selain menjadi pengembara yang mencabar, Daniel Del Core membuktikan dirinya juga seorang pencerita.
Dia membayangkan seorang saintis yang rajin, berdedikasi, walaupun mempunyai sikap yang serius, akan tetapi dia juga merupakan pereka fesyen jenis yang obsesif-kompulsif.
Justeru, Koleksi Musim Bunga/Panas 2025 Daniel Del Core melihat secara lebih langsung pada tema rasa ingin tahu yang telah membentuk visinya tentang pakaian wanita.
Walaupun koleksi terdahulu telah mengambil inspirasi daripada kajian alam semula jadi, seperti botani dan entomologi, namun kali ini pereka bentuk itu memilih untuk bermula daripada idea mengejar saintifik itu sendiri.
NAOMI CAMPBELL PERAGA REKAAN DEL CORE
Pereka kelahiran Jerman yang berpangkalan di Milan, Daniel Del Core melancarkan koleksi pertamanya yang sedia untuk dipakai, tetapi dia meninggalkan ruang untuk satu pakaian couture, yang diperagakan oleh Naomi Campbell.
Del Core, bekas pereka Gucci yang melancarkan jenamanya semasa pandemik, berkata dia telah bertukar-tukar mesej Instagram dengan supermodel itu, apabila dia berkata tentang keinginannya untuk memakai pakaian ciptaannya.
“Saya sangka ia adalah jenaka,” kata Del Core di belakang pentas. Bagaimanapun, pada pentas pertunjukan itu, dia telah menutup persembahan dengan gaun putih dengan bustier satin, skirt labuh di belakang.
Koleksi siap pakai itu diilhamkan oleh saintis wanita yang seterusnya mengambil inspirasi daripada penulis wanita yang bijak di mana ia ingin menjadikan pakaian tampil anggun.
Del Core mencipta untuknya kot makmal lut sinar yang diubah semula sepanjang koleksi, dipadankan dengan penutup kasut pelindung dan sarung tangan lateks berwarna merah jambu bubblegum atau biru terang pada palet lembut.
Pakaian malam mempunyai beberapa sentuhan couture, seperti pleating yang membingkai garis leher dan lengan berlabuh. Del Core berkata, dia akan menampilkan couture dalam pentas pertunjukan di Paris Januari ini. – AP