Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gaya kasual lelaki moden

    Oleh Zanyra Dawoud

     

    SERINGKALI menjadikan seni sebagai sumber inspirasi utama dalam merealisasikan fesyen pada sesebuah busana, Julian Woodhouse kembali lagi menampilkan gaya segar dalam koleksi terbarunya.

    Woodhouse merupakan seorang pereka fesyen memiliki latar ketenteraan di mana beliau adalah seorang Pgawai Tentera Amerika Syarikat yang bertugas di Seoul.

    Justeru setentunya, terdapat beberapa elemen ketenteraan yang turut ditampilkan dalam koleksi busana jenama Woodhouse Men khusus bagi digayakan untuk kaum lelaki moden.

    Masih menampilkan gaya kasual namun kini beliau lebih selesa untuk menampilkan gaya yang berbeza daripada biasa untuk mencipta satu kelainan sekaligus memberikan variasi pada gaya kasual lelaki moden.

    Antara rekaan terbaru daripada Woodhouse adalah merangkumi jogger, sweatshirt dan kot parka.

    M8 A 4 feb_040217

    M8 B 4 feb_040217

    Manakala ciri istimewa yang dapat disaksikan pada rekaan terbaru ini adalah apabila Woodhouse begitu bijak dan dinamik untuk menambah hiasan drawstring pada bahagian seluar sekaligus menghasilkan satu corak baru yang segar.

    Menyentuh mengenai aspek pemilihan warna pula, Woodhouse juga bijak mencantumkan pelbagai warna seperti hijau, biru, kuning dan hitam bagi menghasilkan satu gaya fesyen yang sangat menarik.

    Di samping itu Woodhouse turut menghasilkan pelbagai rekaan jaket seperti pleather, bomber dan kot panjang di mana rata-rata ia ditampilkan dengan warna hitam bagi menampakkan lagi sisi maskulin lelaki yang menggayakannya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda