NEW YORK – Ada yang berpendapat bahawa mereka tahu ciri estetik Tory Burch disebabkan penjenamaan logam emas ikonik pada kasut dan beg tangan, tetapi baru-baru ini Burch telah memfokuskan pada perkara yang tidak dijangka.
Pertunjukannya baru-baru ini di Minggu Fesyen New York menampilkan stail yang dibina semula dalam warna pekat dan fabrik yang memberikan kreativiti unik.
Pertunjukan itu termasuk ciri utama Burch – warna neutral, klasik seperti biru tua, perang, hitam dan zaitun, tetapi dengan tompokan warna merah atau kasut dan dompet metalik.
Namun banyak gaya mencerminkan tema dekonstruksi: garisan asimetri dalam skirt dan tali pinggang, blazer panjang, manset blaus yang menonjol, serta lengan dan seluar yang panjang.
“Ia bertujuan untuk kelihatan tidak lengkap,” jelas Burch. “Saya mahu mengetepikan idea itu dan mencabar konsep tentang apa itu kewanitaan dan apa itu kecantikan, apa itu kesempurnaan?
“Bagi saya, ia adalah serba sedikit tentang bagaimana menggayakan kecantikan serta siluet tetapi juga memberi ruang untuk interpretasi.”
Gabungan warna dan fabrik juga di luar jangkaan – seperti jaket bulu biru tua yang panjang, dipadankan dengan seluar satin hijau labuh di atas kasut tumit tinggi.
Pin baju bersaiz jumbo menyerlahkan skirt dan pakaian serta juga kelihatan dalam bentuk anting-anting.
Satu lagi elemen bertema ialah gabungan fabrik kasual dengan yang lebih mewah. Satu gaya yang ditampilkan mempunyai skirt denim paras lutut yang digandingkan dengan jaket bulu berwarna biru tua dengan kolar bulu kambing. – AP/AFP