Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gaya menarik dan segar daripada Matohu

    Oleh Zanyra Dawoud

    MENERAPKAN konsep keindahan budaya Jepun, Hiroyuki Horihata dan Makiko Sekiguchi cukup teliti dan bijak dalam menghasilkan koleksi busana yang sangat menarik untuk jenama Matohu.

    Sempena dengan Minggu Fesyen Tokyo 2017, dua pereka fesyen ini telah menampilkan konsep ‘iki’ yang merujuk kepada makna kesegaran dalam gaya hidup khususnya pada gaya pakaian.

    Salah satu rekaan yang cukup sinonim dengan dua pereka fesyen ini adalah seluar potongan lebar di bahagian kaki dan juga kot sebagai pelengkap gaya.

    Terdapat juga beberapa rekaan kot dan jaket yang turut menampilkan unsur pakaian tradisi Jepun iaitu kimono. Namun ia juga tetap diperindahkan lagi dengan sentuhan gaya moden seperti penerapan konsep peplum.

    Bagi mengelakkan daripada penampilan biasa dengan hanya menggunakan material kain polos, maka corak kain yang berjalur serta teknik pangkasan pada kot juga digunakan bagi menzahirkan satu gaya yang segar dan menarik sebagaimana dengan kot berwarna hitam dan memiliki jalur berwarna jingga dan biru.

    Kot panjang dan kardigan lepas juga turut dimuatkan dalam koleksi terbaru ini bagi memberikan penampilan yang cukup sofistikated kepada para wanita.

    Beberapa pasang blaus dan gaun panjang juga turut diperagakan dalam koleksi fesyen yang terbaru ini bagi menvariasikan lagi gaya wanita moden yang ingin tampil segar dan menarik.

    Manakala warna pilihan yang digunakan pula jelas cukup menarik iaitu terdiri daripada putih, biru, hitam, hijau, kuning dan lain-lain.

    Lebih menarik lagi apabila koleksi busana Matohu ini diperagakan berlatarkan bayangan Menara Tokyo, sebuah kuil yang telah berusia 400 tahun dan menjadi mercu tanda kebanggan kepada Jepun.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda