Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gaya milenia Louis Vuitton

    PARIS – Sejak kematian Virgil Abloh pada tahun 2021, studio busana Louis Vuitton telah mengambil alih kendalian kreatif mereka.

    Namun, set yang diperkenalkan baru-baru ini – sebuah rumah masa kecil yang direka semula di kawasan tertua Louvre – diteruskan dengan gaya yang menjadi ciri ketika Virgil Abloh masih memimpin Louis Vuitton dari tahun 2018 hingga 2021.

    Musim ini, pasukan kreatif studio muda dan pereka jemputan Colm Dillane menyalurkan pengalaman ‘sebagai ahli generasi pertama yang dibesarkan dalam era kesalinghubungan’.

    Rujukan kepada era digital dipaparkan dalam koleksi yang kreatif serta stail serba ringkas.

    Corak-corak yang dipaparkan menyerupai kod pengekodan komputer, manakala nota bertulis tangan – yang dianggap lapuk dalam dunia moden hari ini – digunakan semula untuk menghasilkan pakaian sut putih alam maya dan topi yang dibina sepenuhnya daripada kertas nota tersebut.

    Koleksi ada kalanya terasa seolah-olah bergantung pada gimik, seperti epal dengan imej digital pada kot bulu bahu bulat yang cantik.

    Penampilan terbaik ialah gaya minimalis, seperti jaket sut kelabu yang mempunyai satu butang besar seperti kanak-kanak dan memiliki bentuk V yang menawan hasil ciptaan dengan lapisan-lapisan fabrik yang bersilang. – AP

    Model-model menggayakan busana lelaki semasa Minggu Fesyen Paris Musim Luruh/Sejuk 2023 di Paris baru-baru ini. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda