Sejak penularan pandemik, kebanyakan wanita kembali memilih gaya potongan rambut mullet ke dalam dunia fesyen, dan tiga tahun kemudian ia masih menjadi perhatian…tetapi dengan gaya baharu dan versi moden!
Gaya rambut yang dikenali sebagai potongan cowgirl, merupakan gaya baharu dipopularkan oleh bintang terkenal liga sukan big sport pada tahun 1980an, namun kini ia telah menjadi pilihan hangat oleh selebriti, di mana gaya itu semakin menonjol baru-baru ini.
Walaupun ramai yang tidak bersetuju, akan tetapi potongan yang hampir menyamai mullet itu masih boleh menyingkirkan gaya rambut bob.
Sepanjang tiga tahun yang lalu, gaya tahun 1980an yang telah lama dilupakan itu telah muncul semula, mendominasi fesyen rambut dengan pelbagai variasi dan gaya lebih moden daripada yang lepas.
Selepas kemunculan gaya potongan rambut bob, wolf dan shag dalam pelbagai versi, kini muncul pula gaya potongan cowgirl yang juga dikenali sebagai potongan koboi.




Rata-rata keseluruhan gaya potongan tersebut sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh gaya potongan mullet tradisional.
Walau bagaimanapun, gaya potongan cowgirl adalah lebih seimbang, tidak seperti potongan mullet, di mana gaya tersebut lebih menumpukan kepada rambut panjang di belakang leher dan rambut pendek di sisi dan pada bahagian atas.
Ideanya sangat mudah iaitu untuk meningkatkan tekstur semula jadi rambut dan memberikannya banyak pergerakan.
Sebenarnya tidak ada sebarang peraturan ketat untuk potongan rambut bergaya itu, selain daripada keistimewaan, sama ada mikro, curtain atau lebih klasik, di samping mencipta lapisan pada rambut bagi menyerlahkan lagi keterampilan dan pergerakannya.
Ia boleh didandan dengan mudah pada rambut panjang, pendek atau sederhana panjang, dan apa yang lebih menggembirakan ialah ia berfungsi untuk semua tekstur rambut.
Pendandan rambut yang berpangkalan di London, Hershesons, diberikan pujian dengan menghasilkan nama untuk trend rambut baharu itu, diterima pakai oleh pelbagai selebriti dan diperincikan dalam tutorial yang ditunjukkan1 di Instagram.
Anja Rubik, Zoe Kravitz, Alexa Chung, Suki Waterhouse, Selena Gomez, Kendall Jenner dan Laura Harrier adalah antara mereka yang telah menerima inspirasi Barat itu, sama ada untuk diaplikasikan dalam jangka masa pendek ataupun dalam jangka masa panjang.
Namun demikian, trend itu telah mula diperagakan sama ada di pentas pertunjukan atau pada laluan karpet merah, kemudian tersebar di tempat awam termasuk rangkaian media sosial. Di Tik Tok, tanda pagar yang dikaitkan dengan gaya potongan cowgirl telah mendapat berjuta-juta tontonan.
Perlu diingat bahawa gaya potongan cowgirl adalah sebahagian daripada trend yang lebih luas bagi meraikan dan menghormati estetika terkenal tokoh cowgirl itu.
Dia juga terkenal baru-baru ini dengan rambut berwarna merah tembaga yang kemudiannya menjadi trend rambut para selebriti terkenal.
Pengaruh gaya rambut tersebut berlanjutan sehingga musim panas baru-baru ini seperti yang dilihat pada pentas peragaan Musim Bunga/Musim Panas 2024, dengan pelbagai gaya potongan rambut mikro – seluar pendek dan skirt – dipadankan dengan but tinggi, di samping kemunculan para jenama terkenal seperti Gucci, Jil Sander, Christian Dior, Prada dan Alberta Ferretti. – AFP

