Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gaya santai dan kreatif

    MILAN – Dengan ketegangan global yang semakin meningkat, Miuccia Prada dan Raf Simons mahu menukar perbualan kepada sesuatu yang ringan, tenang dan baik dengan koleksi pakaian lelaki mereka untuk musim panas akan datang, yang dipersembahkan semasa Minggu Fesyen Milan baru-baru ini.

    “Kami cuba membuat perubahan warna, daripada terang kepada lembut, tenang,” kata Prada selepas persembahan.

    “Pada asasnya, bertentangan dengan warna terang dan terlalu menonjol,” tambahnya.

    “Kadang-kadang adalah baik untuk merenung dan menjadi lebih tenang,” tambah Simons, pengarah kreatif bersamanya.

    MENGIMBAU KEMBALI

    Sehubungan itu, koleksi busana lelaki terbaharu kedua-dua pereka itu mengimbau kembali gaya kebudak-budakan, dimulakan dengan seluar pendek dengan poket berlipat, dipakai bersama kasut berkulit keras dan stoking hitam serta kemeja putih berbutang hingga ke bawah dengan cetakan matahari dan ombak.

    Seluar pendek itu juga dipadankan dengan kot kulit, baju kapas panjang atau pakaian kait berjumbai yang memberikan lelaki penampilan yang kelihatan seakan-akan tanpa seluar.

    ATAS & BAWAH: Para model memperagakan sebahagian daripada koleksi lelaki Prada bagi Musim Bunga/Panas 2026 di Milan, Itali. – AP
    Gambar flaunt
    Gambar flaunt
    Gambar flaunt
    Gambar flaunt
    Gambar flaunt
    Gambar flaunt
    Gambar flaunt

    KEBEBASAN DALAM CORAK DAN WARNA

    Sut yang lebih serius dipakai dengan lengan dilipat ke atas sebagai isyarat bekerja di pejabat dilapisi dengan jaket trek. Seluar sukan dengan jalur sisi atau seluar fabrik kapas yang dipotong lurus sebaliknya menyerlahkan penampilan dengan jaket kulit, kot kereta atau pakai-an berkait.

    Penampilan pakaian jalanan yang dilengkapi aksesori digandingkan dengan beg galas dan selipar. Gaya musim panas yang cerah dipadankan dengan kasut loafer. Tidak kesemuanya berkonsepkan pakaian pejabat dan pantai. Corak itu sengaja tidak berstruktur dan palet warna adalah lembut dan menenangkan.

    Kelabu, hitam, khaki dan biru laut telah diimbangi oleh merah, biru langit, hijau limau pirus dan ungu, monokrom bercampur santai.

    “Kami mahu segala-galanya bersifat semula jadi dalam dimensinya, ringan dan segar serta berwarna-warni,” kata Simons.

    KREATIF, HUMOR

    Terdapat humor dalam topi rafia tenunan berbentuk kon terang yang mengingatkan kepada bulu tangkis, ada di antaranya dengan helaian bulu rafia di atas mata. Dalam semangat perubahan, bilik pameran dibiarkan dalam keadaan asalnya, mendedahkan rasuk konkrit berwarna jingga dan cahaya matahari menyinari menembusi tingkap. Permaidani berbentuk bunga daisi menjadi satu-satunya hiasan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda