MILAN – Para model menggayakan busana rekaan Dolce & Gabbana baru-baru ini, dengan Meryl Streep memegang watak sebagai Miranda Priestly dalam filem The Devil Wears Prada mengambil tempat duduk di barisan hadapan di pentas pertunjukan di Milan.
Streep memakai cermin mata hitam watak Priestly dan trenchcoat Dolce & Gabbana ketika memasuki pentas pertunjukan diiringi oleh pengawal keselamatan sambil ditemani Stanley Tucci, yang turut memainkan watak dalam filem tersebut.
Pertunjukan diserikan dengan persembahan oleh penyanyi Itali Patty Pravo, sementara Streep berbual dengan Tucci.
Pejabat akhbar Dolce & Gabbana mengesahkan bahawa adegan itu dirakam untuk dimasukkan dalam penceritaan filem itu, yang telah menjalani penggambaran di Milan.
Koleksi Dolce & Gabbana bagi Musim Bunga-Panas 2026 yang dipersembahkan membolehkan penonton melihat pada skrin dengan menampilkan pakaian tidur, daripada baju tidur gaya lelaki yang selesa bertatahkan berlian buatan atau sulaman bunga kepada pakaian dalam renda hitam yang jarang.
Penampilan itu dipadankan dengan jaket kulit, broked dan corak haiwan. Sementara itu, kasut terdiri daripada stiletto seksi hingga selipar dan beg pilihan adalah lembut dan dibuat daripada bulu haiwan, sesuai untuk dipeluk selepas keluar untuk majlis malam.
Pereka fesyen bergambar selepas memberikan penghormatan dan Streep serta Tucci dibawa ke belakang pentas ketika penonton naik ke atas pentas pertunjukan yang sudah kosong untuk merakamkan gambar kenangan dalam sejarah fesyen itu. – AP











