Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gaya topi bucket lebih ranggi

    MILAN – Topi fedora Humphery Bogart yang dipakai dalam filem ‘Casablanca’ mungkin telah memahat nama Borsalino dalam sejarah dunia fesyen dan layar perak, tetapi ada sesuatu yang istimewa pada topi bucket (Bucket hat) dengan corak kulit lembu yang akan memastikan rekaan itu bertahan pada masa depan.

    Pembuat topi Itali yang dijadikan ikon filem itu masih menghasilkan topi secara manual di kilang terletak di wilayah Piedmont, menggunakan teknik artisanal serupa seperti ketika ia mula ditubuhkan pada 1857 dan sebahagian daripada pengasas mesin asli Giuseppe Borsalino. Kini topi tersebut memperbaharui tawarannya untuk musim luruh dan sejuk yang akan datang, dengan menumpukan rekaan sendiri dan trend golongan muda.

    Koleksi baharu dipamerkan semasa Minggu Fesyen Milan yang mengambil inspirasi daripada pergerakan rekaan Lukisan & Kraft pada pertengahan kurun ke-19. Pin topi yang bermotifkan daun dan bunga memberikan wanita keunikan untuk mengubah suai topi mereka, memilih bibir topi yang lebih besar atau menghasilkan lipatan elegan semasa dipakai.

    Fedora rekaan harimau bintang boleh dipadankan dengan rantai panjang, untuk dipakai di atas bahu apabila keluar membeli-belah, sementara golongan yang suka merayau, mempunyai pilihan korset kulit.

    “Anda tidak boleh mengubah rekaan topi terlalu banyak,” kata Giacomo Santucci, pereka kreatif Borsalino. “Tetapi anda boleh mengubah penampilan topi.”

    Topi fedora memperbaharui tawarannya untuk musim luruh dan sejuk yang akan datang, dengan menumpukan rekaan sendiri dan trend golongan muda. – AP

    Syarikat pengeluar topi tersebut kini dalam proses meningkatkan pengeluaran daripada 150,000 buah topi setahun kepada sasaran setengah juta ketika pandemik melanda. – AP

    Gaya yang sesuai dipakai oleh golongan lelaki dan wanita, termasuk topi besbol, beret dan topi bucket, dikemas kini dengan material baharu – termasuk retakan kulit lembu, paten kulit hitam dan nilon kalis air. Penampilan yang tidak menonjolkan rekaan hanya untuk satu jantina sahaja kini menjadi bahagian penting dalam koleksi, kata Santucci.

    “Topi tidak lagi menjadi benda yang digunakan untuk melindungi diri kita, tetapi ia menyerlahkan diri si pemakai,” dia memberitahu The Associated Press.

    Syarikat tersebut, yang dilancarkan semula tiga tahun lalu, kini dalam proses meningkatkan pengeluaran daripada 150,000 buah topi setahun kepada sasaran setengah juta ketika pandemik melanda.

    “Sejujurnya, ini adalah sebuah syarikat yang kecil, dalam cara ia sangat mudah untuk diuruskan,” kata Santucci, yang juga merupakan presiden Italian Chamber of Buyers ketika ini. “Lebih kecil syarikat, lebih mudah dan tepat diuruskan.”

    Selain gaya baharu, ia membuatkan orang bercakap-cakap mengenainya. Santucci, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Gucci semasa era Tom Ford, menghasilkan filem baharu musim ini, memaparkan wanita Milan yang memilih topi untuk dipadankan dengan gaya mereka, berjalan-jalan di tengah bandar. Filem musim lalu memaparkan penari dari Alessandria, tapak asal kilang Borsalino, menari di kawasan kilang.

    “Kepercayaan kuat saya ialah fesyen menjadi lebih daripada satu perbincangan,” kata Santucci.

    Platform media sosial baharu seperti Clubhouse memberikan orang ramai peluang untuk membuat kumpulan yang terhad dan hanya mereka yang dipilih bagi membincangkan topik relevan, di mana Santucci berkata ia telah menjadi sesuatu yang penting semasa tempoh pengasingan diri disebabkan oleh pandemik.

    Dia juga ingin menjalin kerjasama dengan jenama yang mudah untuk dipakai, termasuk Borsalino X Valentino.

    “Jenama berubah-ubah. Ia menjadi semakin dekat kepada hiburan, memberikan orang ramai peluang untuk mengenali jenama, untuk memahami dengan lebih baik. Bukan sekadar memahami apa yang pernah dilakukan pada masa dahulu, tetapi benar-benar berinteraksi dan mempunyai peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti,” kata Santucci. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda