Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gaya vintaj, kontemporari

    PARIS – Pereka Belgium, Dries Van Noten menggabungkan sejarah, keghairahan dan keanggunan dalam setiap penampilan. Pertunjukan pakaian wanita terbaharunya tidak terkecuali, bermula dengan peragaan yang penuh gilang-gemilang dengan gaya kontemporari.

    Acara pembukaannya, kot kuning air tebal yang kelihatan anggun, namun bercirikan masa kini dengan kolar bertatah utilitarian, seakan-akan mengenangkan kembali coker, namun menampilkan gaya vintaj.

    Van Noten, seorang pereka yang pakar dalam menggabungkan konsep lama dengan yang baharu, mempamerkan kemahiran ini dengan skirt kelabu ringkas yang dipersembahkan penuh bergaya dan membangkitkan peralihan abad sebelumnya.

    Blaus yang longgar berjaya menggabungkan dunia pakaian sukan dan keanggunan Puteri Anne dari Britain, mencirikan keupayaan unik Van Noten untuk menavigasi antara era dan gaya yang berbeza.

    Pertunjukan itu merupakan perayaan visual ilusi dan kontras. Lengan dipotong untuk menjadikannya hampir dua dimensi, persembahan inovatif berdasarkan perspektif yang mencabar pandangan penonton.

    Sweater nampak cerah, menyerikan pemakainya dari segi fabrik dan bentuk. Jalinan tekstur dan warna ini mencipta tenaga dinamik dan kecantikan unik yang telah menjadi ciri khas Van Noten. – AP

    ATAS & BAWAH: Model-model menggayakan sebahagian koleksi Musim Luruh/Sejuk 2024-2025 Dries Van Noten di Paris pada 28 Februari 2024. – AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda