Wednesday, October 16, 2024
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gaya yang perlu dielak agar tampil segak

    Setiap lelaki pastinya mahu sentiasa tampil segak dalam apa jua keadaan.

    Namun ada yang tidak sedar gaya mereka tampilkan dengan penuh keyakinan itu kadang-kala tidak sesuai.

    Berikut dikongsikan 10 kesalahan dalam berpakaian yang sering dilakukan oleh lelaki.

    1. LENGAN BAJU MENUTUP JAM TANGAN

    Jika awda suka memakai jam tangan, lebih baik untuk melipat lengan baju awda.

    Pertama sekali, lebih mudah bagi awda melihat waktu jam.

    Kedua, jam tangan di bawah kain lengan akan menyebabkan kelihatan tidak kemas.

    Elakkan daripada memakai baju kemeja-T apabila awda mengenakan jaket. – Agensi
    Gambar Maskulin.com.my

    2. KEMEJA-T BERCETAK

    Pilih kemeja-T yang biasa, terutamanya jika awda memakai jaket di luarnya. Kemeja-T bercetak hanya satu trend fesyen, yang sudah ketinggalan zaman.

    Adalah lebih baik untuk membelanjakan wang dengan kemeja-T putih dan seluar jeans dengan potongan yang baik daripada membeli kemeja-T bercetak yang sudah ketinggalan zaman.

    3. KEMEJA-T BERLENGAN BESAR DAN LABUH

    Memakai kemeja-T berlengan besar dan labuh hanya memburukkan penampilan awda. Pilih lengan kemeja-T yang sesuai dengan diri awda.

    4. PAKAI TALI PINGGANG DAN PENDAKAP (SUSPENDER) BERSAMA

    Tali pinggang dan pendakap dipakai secara berasingan dan tidak seharusnya dipakai bersama.

    Lagipun, kedua-dua aksesori direka untuk menjaga seluar awda daripada terlondeh.

    5. BAJU BERKEDUT

    Mensterika pakaian bukanlah pekerjaan yang menyenangkan, tetapi ia adalah keutamaan jika awda ingin kelihatan kemas.

    Pakaian berkedut kelihatan tidak kemas dan boleh merosakkan keyakinan awda.

    Sama ada awda suka atau tidak, sesetengah pakaian memang wajib untuk diseterika.

    6. SAIZ YANG SALAH

    Jika hendak membeli sut, adalah lebih baik jika awda pergi berjumpa tukang jahit. Ia adalah bertujuan supaya sut tersebut sepadan dengan saiz tubuh awda.

    7. BUTANG JAKET ATAU KOT

    Jangan butang semua jaket atau kot awda melainkan ia hanya mempunyai satu butang.

    Awda juga boleh membiarkan butang bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila duduk.

    8. TIDAK MASUKKAN BAJU KEMEJA KE DALAM SELUAR

    Sesetengah lelaki masih memakai baju kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar.

    Tanpa mengira warna, corak atau jenis baju kemeja itu sama ada berlengan panjang atau pendek, awda harus memasukkan kemeja ke dalam seluar.

    Ia akan membuat awda kelihatan lebih kemas dan menarik.

    9. POKET BERBONJOL

    Pokej berbonjol hanya akan menjejaskan pakaian yang cantik dan elegan.

    Ini adalah disebabkan oleh kebiasaan lelaki untuk membawa kunci, telefon bimbit, dan dompet dalam poket mereka.

    Sekiranya poket jaket atau kot awda tidak mempunyai tempat untuk barang-barang itu, letakkan barang-barang keperluan awda di dalam beg clutch.

    10. SERING MEMAKAI SUT HITAM

    Sut berwarna hitam selalunya sesuai dipakai untuk majlis pengebumian.

    Awda boleh mencuba untuk memakai sut berwarna lain selain hitam, yang bersesuaian dengan penampilan awda. Walau bagaimanapun, jangan membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda