Wednesday, April 2, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Gayong’ bukan rekaan, angkat kisah tokoh silat tempatan

    Bukan kisah rekaan sebaliknya filem Gayong diinspirasikan daripada kisah Pengasas Silat Gayong iaitu Mahaguru Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR) dalam mempertahankan maruah bangsa.

    Filem itu juga mengisahkan perjalanan Allahyarham bangkit mempertahankan tanah air ketika diancam penjajah suatu ketika dahulu.

    Menurut Penerbit Eksekutif Gayong, Khairul Anuar Latip, dia melakukan penyelidikan mendalam sejak Disember 2023 selain turut mendapatkan persetujuan anak perempuan dan cucu Allahyarham sebelum menjalani penggambaran filem ini.

    Katanya sepanjang penghasilan filem ini, mereka juga mendapatkan kerjasama daripada pertubuhan silat seni gayong Malaysia (PSSGM).

    Sementara itu, pengarahnya, Faisal Ishak berkata filem yang diinspirasikan daripada kisah seorang tokoh persilatan terkemuka bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan.

    Katanya, cabaran yang dihadapi bukan sekadar dalam aspek teknikal dan produksi, tetapi lebih kepada memastikan ketulenan dan penghormatan terhadap warisan tokoh berkenaan.

    “Sebagai pengasas seni silat Gayong, arwah bukan sahaja seorang pendekar, tetapi guru yang membawa falsafah mendalam tentang ilmu persilatan dan kehidupan.

    “Jadi, saya perlu memastikan jalan ceritanya menangkap semangat, perjuangan dan pengorbanan beliau dalam memperjuangkan seni silat Gayong,” jelasnya.

    Bagi memastikan filem Gayong dihasilkan dengan lebih mantap, Faisal memberitahu setiap barisan pelakon telah menjalani latihan intensif di bawah bimbingan Pengarah Aksi iaitu Yayan serta jurulatih Silat Gayong yang berpengalaman. – Agensi

    Nabila Huda antara pelakon yang memeriahkan Gayong. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda