Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Gayong’ terima sambutan positif selepas dua hari tayangan

    Filem Gayong mencipta kejayaan tersendiri apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM1 juta hanya dalam tempoh dua hari ia ditayangkan sejak 8 Mei lalu.

    Karya yang mengangkat kisah Pengasas Silat Seni Gayong iaitu Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman itu nyata mencuri tumpuan penggemar filem tempatan.

    Selain menerima ucapan tahniah, rata-rata komen di media sosial turut memberikan maklum balas positif selepas menonton filem berkenaan di pawagam.

    “Rancaklah! Hanya dua hari tayangan dah capai RM1 juta, filem ni sangat seronok untuk ditonton.

    “Tahniah buat seluruh pasukan Gayong, insya-Allah minggu depan boleh capai RM5 juta.

    “Dah tengok seisi keluarga, filem ini memang terbaik!,” tulis warganet.

    Filem berkenaan memaparkan perjalanan hidup Meor yang dibintangi Beto Kusyairy yang mempertahankan maruah bangsa di gelanggang pertandingan sebelum berhijrah ke Singapura dari Taiping, Perak bersama isterinya bagi mencari rezeki.

    Bagaimanapun perjalanan itu mempunyai cabaran serta dugaan yang perlu ditempuhi bersama keluarganya.

    Ketika tempat tinggalnya diancam oleh penjajah Jepun, Allahyarham bersama rakan seperjuangan lain bangkit bagi mempertahankan tanah air mereka. – Agensi

    Filem Gayong terima pujian penonton. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda